Order Form

Begin Freedback Form -->
Name:
Email Address:
Mailing Address/Alamat Surat Menyurat:
Contact No:
Delivery Method: Poslaju East Malaysia
Poslaju West Malaysia
Payment Method: Maybank
Cimb
Payment Medium: Bank Counter
Cash Deposit Machine
Atm Machine
Online Banking
Buyer Status: New
Return
Regular
Remarks/ Additional questions:
Please read the term & cond before submit your order.Kindly click the agree button below if you understand & accept the conditions stated.

Form provided by Freedback.

Apr 23, 2013

Sayangnya Allah pada hawa



Susah sgt ker nak jadi wanita yg baik??? dan Banyak sgt ker amanah Tuhan yg perlu lelaki pikul??? jawapannyer, mmg tak susah dan mmg banyk, Bagaimana??? , bacelah dan pandai2lah cari jawapannyer: -

 
Courtesy:Google
                                           
1.Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

2. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN !

3. Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab keatas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, menakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.BERATKAN !

4.Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak.Walaupun begitu isteri boleh membantu. HARAM bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin isteri..

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebab nya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggong.



Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya. Wanita
******
Courtesy:Google
1 - wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
2 - wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sbaliknya.
3 - wanita saksinya kurang berbanding lelaki.
4 - wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.
5 - wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
6 - wanita wajib taat kpd suaminya.
7 - talak terletak di tgn suami dan bukan isteri.
8 - wanita kurang dlm beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pada lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah sepah bukan? itulah bandingannya dgn seorg wanita.

Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk menyara isteri dan anak anak..

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan,malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabk an terhadap 4 wanita ini: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana mana pintu Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat shj: Sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.

Seorg lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH.. . sayangnya ALLAH pada wanita .... kan
WALLAHUA'LAM


P/S: Jemput singgah sini CLOSET

Apr 22, 2013

Ujian Mudah Untuk Mengenal Diri(Pagi-pagi elok kita kenali diri kita)


Terdapat 7 tempat tidur kecil di sebelah kanan di sebelah kiri, terdapat meja makan yang dikelilingi 7 kerusi kecil. Di tengah-tengah meja terdapat sebuah bekas dengan 6 macam buah. Buah-buahan tersebut terdiri
daripada: 
Sila pilih idaman kalbu (google pic)
a. epal 
b. pisang 
c. jeruk 
d. mangga 
e. rambutan 
f. papaya 

Buah manakah yang akan anda pilih? 
Pilihan anda akan menunjukkan sifat-sifat peribadi anda! Berfikirlah dengan berhati-hati.


^
^
^
^
^
SKROL UNTUK LIHAT JAWAPAN
^
^
^
^
^
^
^
^
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.@

SKROL LAGI

















































































































Ini dia jawapannya... 
a. jika anda pilih epal: bererti Anda adalah orang yang suka makan epal

b. jika anda pilih pisang: bererti Anda adalah orang yang suka makan pisang
c. jika anda pilih jeruk: bererti Anda adalah orang yang suka makan jeruk
d. jika anda pilih mangga: bererti Anda adalah orang yang suka makan mangga
e. jika anda pilih rambutan: bererti Anda adalah orang yang suka makan rambutan
f. Jika anda pilih papaya: bererti Anda adalah orang yang suka makan papaya

aderke...hehehehheh......hehehee... tipah tertipu .. 
hehehee..jangan marah aa.....hehehehe 

ps :JEMPUT CUCI MATA ONLINE CLOSET



Apr 21, 2013

Pahit Kadang-kadang Manis Akhirnya


Antara perkara yang paling manis bergelar guru apabila bekas pelajar masih lagi ingat pada kita.Tetiba hari ini dapat sms dari ex-student bertanya khabar diri saya.Tersentuh juga hati kecil ini sebab sewaktu mengajar dulu saya ni kategori "CIKGU SINGA". Biasanya cikgu yang garang ni kurang digemari oleh pelajar kan?

Setinggi syukur sy panjatkan seandainya ada yang sudi mengingati sy sebagai guru mereka. Bukan ganjaran yg diharapkan oleh seorang guru cukuplah sekadar ingatan.Ini menjadi motivasi buat saya dan pembakar semangat untuk mencurah ilmu & pengetahuan kepada anak bangsa.


Ternampak cupcake atas meja sy kat bilik guru. Peminat mana pulak yg bagi ni..Rupanya suprise gift daripada students coz dia tahu sy suka cupcakes!Sayang uolls banyak2...

Sayang nak makan....

Masa mengajar amali jahitan, budak ni buat sy kagum . Pandai menjahit even baru pertama kali pegang mesin jahit. Hasil jahitan dia kemas dan tersusun. Ada potensi besar untuk bergelar Pereka Fesyen satu hari nanti.

Malaysian's Next Top Fashion Designer


Ini antara cebisan pengalaman sy sepanjang mengajar. Ada suka ada duka. Nanti kalau rajin sy sambung lagi entri ni.
P/S dARLA: Jemput cuci mata ONLINE CLOSET

Apr 20, 2013

Minum berdiri???

Dalam cuaca panas terik, kita akan capat merasa  haus. Alangkah  indah jikalau dapat  minum air yang sejuk dan dingin. 


(google pic)
Dapat cool blog pun jadilah kan.. 

 Dek kerana terbuai dengan keenakan air tersebut , kita terus minum sambil berdiri. 
(google pic)

Sebenarnya, Rasulullah S.A.W melarang kita minum sambil berdiri. Mengapa Rasulullah SAW melarang kita minum sambil berdiri???
Ternyata secara perubatan, dlm tubuh kita terdapat penapis sfringer. Saringan tersebut  terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. Air yg kita minum belum 100% disteril untuk di olah oleh badan. Apaila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh sfringer kerana tertutup. Air yg tidak tersaring oleh sfringer terus masuk ke kantung kencing, boleh menyebabkan penyakit kristal ginjal.

Subhanallah, tiap perintah dan larangan Rasul pasti bermanfaat bagi umatnya!

Banyak kajian yang dijalankan mengenai kebaikan minum air masak/ air putih sepertti manusia perlu minum 8 gelas air sehari untuk mendapat kesihatan yang baik.Justeru, ingat untuk minum banyak air masak. Jom cuba terapi air putih dibawah:

Terapi air putih 

1. Minum 2 gelas air setelah bangun tidur dapat membersihkan organ-organ internal.

2.Minum segelas air 30 minit sebelum makan dapat membantu fungsi seluruh pencernaan+ginjal

3. Minum segelas air sebelum mandi dapat menurunkan tekanan darah

4.Minum segelas air sebelum tidur dapat mencegah stroke + serangan jantung

p/s:Dah baca, jemput cuci mata Online Closet

Apr 17, 2013

Bila isteri tak cantik?

Tertarik dengan sebuah perkongsian sebuah artikel di facebook.Semoga kisah ini menjadi iktibar dan renungan bersama.


google


BILA ISTERI TAK CANTIK (Pengakuan Seorang Isteri) dari blog ustaz


Untuk renungan dan perhatian isteri-isteri dan bakal isteri...Buat iktibar kita semua dan para suami / lelaki, renung-renung kan lah...coretan dari hati seorang Muslimah:

*************************************************
Pembaca Semua,

Saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua kerana saya ingin puan-puan tahu apa sebenarnya tersirat di dalam benak sesetengah suami dan bagaimana dia melihat kita dari pandangan mata mereka. 

Walaupun mereka tidak pernah komplen tentang perawakan kita tetapi di sudut hati mereka, mereka menilai secara diam2 dan membanding kita dengan perempuan lain.

Barangkali suami puan-puan tidak begitu, tapi ini boleh jadi panduan. 

Saya seorang isteri baru berusia 29 tahun dan mempunyai 3 orang anak. 

Perawakan saya biasa sahaja, tidaklah hodoh, sedikit gempal setelah melahirkan 3 orang anak. 

Saya berkerja sebagai seorang eksekutif dan suami saya berkerja biasa saja.

Kebanyakan belanja seperti ansuran rumah dan kereta, saya yang membayarnya demi suami yang mempunyai gaji tidak seberapa.

Suami saya bolehlah dikatakan menarik jika dibandingkan dengan saya. Suami saya tinggi, cerah kulit dan menarik minat ramai perempuan semasa bujangnya.

Saya mengabdikan diri seluruhnya untuk rumahtangga, pagi sebelum pergi kerja saya akan masak utk anak2, sarapan utk suami, saya memandu sendiri ke pejabat dan setelah balik ke rumah pada petangnya sayalah yang menyediakan segala keperluan rumahtangga. Sepanjang perkahwinan suami tidak pernah komplen pasal perwatakan saya. Gadis tersebut bukanlah muda dari saya tetapi sudah berumur 30 tahun. Saya mendapat tahu juga yang suami saya sering ke rumah gadis tersebut semasa waktu kerja. Hubungan yang terjalin nampaknya telah sampai ke tahap hubungan seks. Bila saya bersemuka dan bertanya kepadanya, pada mulanya dia menafikan, tetapi setelah dikemukakan bukti dan sebagainya, baru dia mengaku. 



Saya ingin tahu kenapa dia menjalin hubungan. Apa kurangnya saya, dia akhirnya berterus terang mengatakan memang tiada apa yang kurang dengan saya. Saya menjaga makan minum, membantu kewangan, menguruskan rumahtangga dengan baik tetapi saya hanyalah setakat itu sahaja. 

Dia tiada rangsangan lagi bila melihat saya.

Baginya, dia kadangkala ingin bersama wanita yang dilihat cantik, menarik minat lelaki lain dan bila berjalan sama menimbulkan cemburu pada lelaki lain. Dia dengan berani memberitahu saya bahawa teman wanitanya mempunyai kuku yang cantik, perut yang nipis, bau yang sedap, fashion yang menarik.

Sedangkan saya menurutnya walaupun tidak hodoh tetapi hanyalah wanita yang sangat biasa saja, kuku saya pendek dan kadang kala rosak kerana memasak, rambut pulak kadang kala berbau bila balik kerja kerana bertudung sepanjang hari. Kulit perut saya pula tebal, tidak menarik di rumah bila hanya ber t-shirt dan berkain batik.

Hari-hari melihat saya dia merasa tiada apa yang dibanggakan tentang saya, bercakap di rumah pula hanyalah tertumpu pasal rumah dan anak-anak. Tiada topik menarik separti teman wanitanya yg boleh bercakap pasal politik, career, mempunyai taste yang tinggi dan dapat membantu dia mengenali dunia yang baru mengenai fashion, korporat, jadi dia merasakan seperti lelaki yang berjaya bila bersama wanita tersebut.

Memang saya akur tentang perawakan saya kerana pertamanya memang saya dilahirkan begini, kedua saya terlalu sibuk untuk membelek diri sendiri, ketiga saya tidak mempunyai cukup wang untuk berbelanja sepenuhnya untuk kecantikan. Begitulah hati budi lelaki sebenarnya walau bagaimanapun kita menjaga dia tetapi dia masih mementingkan fizikal jauh di sudut hati ingin bersama wanita menarik yang boleh membuat dia berasa bangga.

Saya telah pun berpisah dengan suami sekarang tetapi saya tidaklah duduk meratap tetapi menghadiri slimming session dan membelanjakan duit separuh untuk kecantikan bukan untuk lelaki tetapi untuk kepuasan sendiri, biarlah saya pendek dan sedikit tembam tetapi saya berazam untuk menjaga kebersihan dan kelihatan menarik. - dipetik laman web ustaz

* Penting di sini kita memahami erti perkahwinan. 


Sumber:feredeapower

Pada pendapat saya, kalau suami nak isterinya sentiasa cantik ala model dia sepatutnya menyediakan perbelanjaan untuk kecantikan isteri. Suami sepatutnya menyediakan ruang & waktu untuk isteri membelai diri sendiri.Kalau mampu, sediakan orang gaji untuk membantu isteri. Hakikatnya, isteri adalah tanggungjawab suami dari hujung rambut sampai hujung kaki. Ustaz Kazim Elias berpesan "jangan kahwin kerana cantik sahaja, cantik itu hanya sementara"

"Wanita dinikahi kerana empat faktor, yakni kerana harta kekayaannya, kerana kedudukannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya. Hendaknya pilihlah yang beragama untuk berkat kedua tanganmu. (HR. Muslim"

Apr 5, 2013

Shine Bright Like a Diamond Collections


Cantik, Menarik ,Tertarik


Anda mahu menyerlah bagaikan bintang?

Dapatkan koleksi floral cardigans 
Harga berpatutan
Penghantaran percuma 





Cantik Manis



Sila klik sini untuk melihat koleksi kami

Enjoy your shopping...