Order Form

Begin Freedback Form -->
Name:
Email Address:
Mailing Address/Alamat Surat Menyurat:
Contact No:
Delivery Method: Poslaju East Malaysia
Poslaju West Malaysia
Payment Method: Maybank
Cimb
Payment Medium: Bank Counter
Cash Deposit Machine
Atm Machine
Online Banking
Buyer Status: New
Return
Regular
Remarks/ Additional questions:
Please read the term & cond before submit your order.Kindly click the agree button below if you understand & accept the conditions stated.

Form provided by Freedback.

May 2, 2013

Aduh...Mana Tahan

Cantik x model ni pakai  D'Sheilaz Shawl With Piping ni?




Boleh pilih warna yang berkenan dihati 
Material:Chiffon
Price: RM40.00...buy 2pcs get free postage











Order laju2....

May 1, 2013

Percayalah,,,,15 hengget jew

BAWAL 2 LAYER (rM15.00)
Penghantaran percuma
First pay , first serve


BIRU 

HITAM

PINK GUAVA

KUNING RAJA

SOFT RED

KELABU

HIJAU LEMBUT

Apr 28, 2013

Sape suka pink? Tengok sini yew

Hello si manis yang memang tak boleh tengok warna pink.Baju kurung moden ini memang sesuai untuk anda...Bawa pergi opis ke, untuk majlis kahwin ke , nak pakai untuk tunang atau nikah pun ok atau nak melaram pegi dinner pun boleh.

Baju kurung moden( SHZ-21)
Bertambah manis bila  anda  memakainya
Saiz: S & M
Harga : RM 100.00 + Free postage
Status : SOLD OUT

Nak order? Isi order form atau emel @ shazaamani42@gmail.com

Siapa Saiz S? Sila angkat tangan...

Hello Miss Petite bersaiz S....jom tengok baju kurung cantik & klasik . Sesuai untuk digayakan untuk ada ke pejabat atau ke majlis !



Baju Kurung Pahang (SHZ-20)

Sweet Colour...

Ayu sangat

Size: S
Harga: RM 90.00 + Free Postage
Status : Available
Cepat isi order form or simply email me shazaamani42@gmail.com

Apr 27, 2013

Dinding Ratapan


Tahukah anda apa makna WALL?

Yup. . Ia bermakna DINDING. Lalu kenapa dengan dinding?

Saya teruskan. .

Siapakah yang membuat FB? Mark Zuckerberg seorang berbangsa YAHUDI. Apa kaitannya WALL & YAHUDI? Kaitan kedua-duanya sangat erat.

Dinding Ratapan Yahudi (google)


DINDING RATAPAN.
Didinding itu mereka menangisi dosa-dosa mereka, meluahkan harapan, ratapan dan segalanya. Itulah tujuan mereka membuat FB.

Dan tanpa kita sedari, kita lebih banyak mengadu masalah di FB daripada mengadu kepada ALLAH SWT, lebih mengutamakan update status daripada solat dan zikir kepada ALLAH SWT.

Hati-hatilah sahabat, boleh-boleh kita nanti menjadi'' Tassyabuh'' atau menyerupai kaum lain (Yahudi). Nabi melarang dalam sabdanya:'' Barang siapa menyerupai suatu kaum, maka ia termasuk dalam golongannya. "

Oleh kerana itu, jangan jadikan WALL FB sebagai tempat luahan perasaan seperti mereka. Tapi jadikanlah ia sebagai tempat membahagikan ilmu dan nasihat kebaikan kepada umat Nabi Muhammad SAW. Walaupun hanya kepada 1 orang.

Jadikan Wall FB sebagai media untuk menyebarkan dakwah.


Didinding itu mereka menangisi dosa-dosa mereka, meluahkan harapan, ratapan dan segalanya. Itulah tujuan mereka membuat FB.

Dan tanpa kita sedari, kita lebih banyak mengadu masalah di FB daripada mengadu kepada ALLAH SWT, lebih mengutamakan update status daripada solat dan zikir kepada ALLAH SWT.

Hati-hatilah sahabat, boleh-boleh kita nanti menjadi'' Tassyabuh'' atau menyerupai kaum lain (Yahudi). Nabi melarang dalam sabdanya:'' Barang siapa menyerupai suatu kaum, maka ia termasuk dalam golongannya. "

Oleh kerana itu, jangan jadikan WALL FB sebagai tempat luahan perasaan seperti mereka. Tapi jadikanlah ia sebagai tempat membahagikan ilmu dan nasihat kebaikan kepada umat Nabi Muhammad SAW. Walaupun hanya kepada 1 orang.

Jadikan Wall FB sebagai media untuk menyebarkan dakwah.

Jika anda belum percaya sila buka Google dan Search:'' Wailing Wall Of Israel''.

Mari kita renungkan.

'' Sungguh kamu akan mengikuti langkah2 orang2 sebelum kamu
sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta. Bahkan seandainya mereka masuk lubang biawakpun nescaya kalian ikut masuk pula ke dalamnya. Para sahabat bertanya: 'Siapakan mereka itu Ya Rasulullah?'. Beliau menjawab:'' Ahli Kitab (Nasrani & Yahudi). ! Siapa lagi kalau bukan mereka? "[HR. Imam Bukhari]

Jadi postkanlah kata2 hikmah / nasihat / ayat Al-Quran, Hadis, Ulama terdahulu tentang agama Islam.


Sumber: Facebook

Apr 26, 2013

Bukan semua orang nak bising bila buat benda baik

Memilih pemimpin untuk noobs by Matluthfi 90


Berikut petikan dialog dari video ni..Terbaek!!!

"Kenapa ni dato'?"
"Aku kalah pilihan raya"
"Rilex la.."
"Rilex??"
"Kalau aku tak ada kuasa macam mana aku nak bantu rakyat?"
"Tak semestinya ada kuasa nak bantu rakyat, ada je ramai individu dalam kumpulan tak perlu kuasa  
boleh bantu rakyat"

"Iye??"
"Iyeeee..."
"Kenapa aku tak pernah dengar pun??"
"BUKAN SEMUA ORANG NAK BISING BILA NAK BUAT BENDA BAIK!"

Apr 24, 2013

Jangan Takut Kahwin Muda


Kisah benar yang belaku kepada seorang pelajar tahun akhir universiti yang hampir bunuh diri kerana depresi (tekanan) setelah ditinggalkan kekasih mengubah kehidupannya 180 darjah menjadikannya insan yang paling bahagia di muka bumi ini dengan perkahwinan di usia awal.

Ceritanya begini
Stresss (Google)


Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar. 

Jadi, mengapa berkahwin? Kalau ikut kata mak ayah, “Nak bagi bini makan apa? Pasir?” Perjalanan cinta saya tidak mudah. 
Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami ‘declare’, untuk bersedia untuk berkahwin. Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain. 

Allah melarang kita mengambil nyawa sendiri (google) 

Kecewa? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri. Saya mengalami tekanan hidup sehingga tidak berhubung dengan dunia luar.Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang untuk menghampiri saya.

Pada mulanya, saya ingat sekadar ‘cinta rebound’, tetapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin. Pada mulanya, saya ingat satu gurauan. Akhirnya si dia berani hubungi ayah saya dan minta izin untuk berkahwin kerana takut kehilangan saya lagi.

Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar; ketika beliau tahun 1 peringkat ijazah.Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian. Ayah saya bersetuju memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. 

Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM 200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.Simple bukan? Kenapa perlu pening?

Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda.Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, hantaran RM10K ke atas). 

Perlu tidak?
Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K.Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. 
Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu; bukan cara Islam.Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki? bukan untuk dibebani, tapi untuk disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.

Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba serbi. Hantaran, majlis, belum baju, pelamin. Tapi cuba fikir, perlu tidak? Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru.

Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada? Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan. 
Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang.

“Seganlah. Nanti orang kata apa.”“Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran.”Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah.
Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. 

Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama. Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500. Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. 

Kos ada anak sangat tinggi sekarang.Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? 
Harga lampin pakai buang? Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? 
Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah. Pening!!

Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu. Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram. Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dahulu. Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. 

Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal. 
Saya dan suami masih bercinta. 
Masih belajar mengenal sesama sendiri. Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.
Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda. Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. 

Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. Buat apa menyusahkan suami? Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, aanda faham maksud saya), untuk mendapat keputusan yang cemerlang. 

Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima.

Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda. Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda. 
Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.

Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. Berkahwinlah! 

Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia. Antara masalah utama untuk kahwin muda ialah kewangan dan untuk mendapatkan izin dari ibu bapa untuk kahwin muda. 

Jadi....semoga artikel ini dapat membantu anda dalam usaha untuk memujuk ibu bapa untuk kahwin muda.


Sumber :Facebook

P/s : Jemput cuci mata ONLINE CLOSET