Kisah benar yang belaku kepada seorang
pelajar tahun akhir universiti yang hampir bunuh diri kerana depresi (tekanan)
setelah ditinggalkan kekasih mengubah kehidupannya 180 darjah menjadikannya
insan yang paling bahagia di muka bumi ini dengan perkahwinan di usia awal.
Ceritanya begini
.jpg) |
| Stresss (Google) |
Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar.
Jadi, mengapa berkahwin? Kalau ikut kata mak ayah, “Nak bagi bini makan apa?
Pasir?” Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan
bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami
‘declare’, untuk bersedia untuk berkahwin. Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk
perempuan lain.
.jpg) |
| Allah melarang kita mengambil nyawa sendiri (google) |
Kecewa? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri. Saya mengalami tekanan hidup sehingga tidak
berhubung dengan dunia luar.Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami
saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang untuk menghampiri saya.
Pada mulanya, saya ingat sekadar ‘cinta
rebound’, tetapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar
untuk berkahwin. Pada mulanya, saya ingat satu gurauan. Akhirnya si dia berani hubungi ayah saya dan
minta izin untuk berkahwin kerana takut kehilangan saya lagi.
Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar;
ketika beliau tahun 1 peringkat ijazah.Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya
cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian. Ayah saya bersetuju memandangkan saya sudah
kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali.
Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM 200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami
bernikah.Simple bukan? Kenapa perlu pening?
Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan
segala yang terbaik untuk bakal isteri anda.Dan, kalau anda perempuan seperti saya,
semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, hantaran
RM10K ke atas).
Perlu tidak?Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan
hantaran RM10-20K.Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri
dan harga cinta saya.
.jpg)
Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu; bukan
cara Islam.Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4
kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki? bukan untuk dibebani, tapi untuk
disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.
Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K
serba serbi. Hantaran, majlis, belum baju, pelamin. Tapi cuba fikir, perlu tidak? Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya
pun masih baru.
Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang
ramai kan ada? Kalau rasa sangat
mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan
peralatan.
Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk
macam tunggul depan orang.
“Seganlah. Nanti orang kata apa.”“Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat
hantaran.”Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama
Islam, ingat rukun nikah.
Tanggungjawab selepas kahwin yang penting.
Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan
untuk anak pertama. Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu
ada RM400-500. Tapi di hospital swasta, minimum RM2000.
Kos ada anak sangat tinggi sekarang.Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di
pasar?
Harga lampin pakai buang? Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu
penting?
Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli
rumah. Pening!!
Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis
perkahwinan yang membazir dan tidak perlu. Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan
malu, disentuh lelaki bukan mahram. Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil
lelaki lain seperti dahulu. Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini
kami lakukan dengan halal.
Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan
halal. Saya dan suami masih bercinta.
Masih belajar mengenal sesama sendiri. Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.
Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal
untuk anda. Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru
bercinta.
Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan
cari duit sendiri. Buat apa menyusahkan suami? Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh
(bagi pelajar perubatan, aanda faham maksud saya), untuk mendapat keputusan
yang cemerlang.
Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur
cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa
senang dengan saya.Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada
saya terima.
Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan
suami anda. Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri
kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda.
Persamaan membina keserasian, perbezaan itu
melengkapkan.
Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. Berkahwinlah!
Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia. Antara
masalah utama untuk kahwin muda ialah kewangan dan untuk mendapatkan izin dari
ibu bapa untuk kahwin muda.
Jadi....semoga artikel ini dapat membantu anda
dalam usaha untuk memujuk ibu bapa untuk kahwin muda.
Sumber :Facebook