Order Form

Begin Freedback Form -->
Name:
Email Address:
Mailing Address/Alamat Surat Menyurat:
Contact No:
Delivery Method: Poslaju East Malaysia
Poslaju West Malaysia
Payment Method: Maybank
Cimb
Payment Medium: Bank Counter
Cash Deposit Machine
Atm Machine
Online Banking
Buyer Status: New
Return
Regular
Remarks/ Additional questions:
Please read the term & cond before submit your order.Kindly click the agree button below if you understand & accept the conditions stated.

Form provided by Freedback.

Jan 22, 2013

How do you look?


Penampilan dan gaya menjadikan seseorang individu kelihatan menarik ataupun sebaliknya. Saya amat menggemari rancangan "How do I look?" yang disiarkan di saluran Diva Universal yang sudah masuk musim ke-11. Bayangkanlah daripada seseorang yang mempunyai masalah-masalah berikut seperti penampilan selekeh dan tidak terurus, tidak bergaya, fesyen yang keterlaluan melalui proses perubahan gaya, imej, dandanan serta solekan seterusnya menjadikan penampilan mereka hebat.



How do I look  Courtesy: Google
 Dalam salah satu episod, saya menggelarkan peserta ini  sebagai si A.Si A ini mempunyai pengalaman kerja yang banyak dan luas namun gayanya tidak sesuai dengan persekitaran koporat. Gaya si A membuatnya kelihatan begitu murah kerana stailnya lebih kepada ala-ala rock gitu. Sewaktu rakan-rakan subahat menyatakan bahawa penampilannya perlu diubah seandainya dia mahu dinaikkan pangkat namun dia berkeras mempertahankan fesyennya. 

Courtesy :Google

Demi mengubah persepsi si A, penganjur program tadi menjemput beberapa majikan untuk menjalankan temuduga kepada si A dan calon lain. Si A masuk ke dewan temuduga dengan gaya ala-ala rock untuk jawatan eksekutif manakala calon lain datang dengan berpakaian sesuai untuk sesi temuduga tersebut.Apabila keputusan diumumkan, ternyata calon lain yang berjaya dan bukannya si A. Hos program tersebut bertanyakan kepada pihak penemuduga mengapa A tidak terpilih sedangkan dia berkelayakan. Jawapan mereka adalah penampilannya tidak sesuai dengan jawatan yang dipilih. 

Isu yang ingin saya tekankan di sini adalah bagaimana penampilan mempengaruhi pandangan atau persepsi individu terhadap diri. Pakaian dan gaya menjadi cerminan peribadi. Pepatah Inggeris ada menyebut "Don't judge a book by its cover" tetapi sebaliknya manusia sering terpengaruh dengan pandangan pertama mereka. Justeru, penampilan perlu seiring dengan pekerti. Jangan pakai sut tetapi penipu pula !Penampilan sedikit sebanyak  menggambarkan personaliti seseorang individu.Disini saya kongsikan kepentingan-kepentingan menjaga penampilan diri:

  • Melambangkan kecekapan seseorang menguruskan diri
  • Menampakkan kebijaksanaan diri
  • Menampakkan rasa hormat terhadap orang lain
  • Meningkatkan keyakinan diri
  • Melambangkan peribadi dan cara interaksi



p/s: Maaf jika ayat terlalu skema.....sy budak baru belajar....hehehe