Order Form

Begin Freedback Form -->
Name:
Email Address:
Mailing Address/Alamat Surat Menyurat:
Contact No:
Delivery Method: Poslaju East Malaysia
Poslaju West Malaysia
Payment Method: Maybank
Cimb
Payment Medium: Bank Counter
Cash Deposit Machine
Atm Machine
Online Banking
Buyer Status: New
Return
Regular
Remarks/ Additional questions:
Please read the term & cond before submit your order.Kindly click the agree button below if you understand & accept the conditions stated.

Form provided by Freedback.

Jan 23, 2013

NEW YEAR GIVEAWAY BY SHAZREENA SHUKRI



New year mmg amat bermakna buat saya pada setiap tahun coz is my birthday!! Yang x beshnya umur sy cepat sgt berubah...hehehe. Perasaan muda jew.....Age is just a number right? (Statement nak sedapkan hati).

Sebelum membebel dengan panjang, New Year Giveaway ini dianjurkan oleh Cik Shazreena Shukri..Hadiah menarik menanti kita semua. Tunggu apa lagi, join la!Support each other k.

Happy Blogging Giveaway




Sebelum mengenali dunia blog, saya sangka ia amat rumit.....Namun, setelah mula berblogging timbul pula rasa cinta. Bak kata pepatah " tak kenal maka tak cinta"......Teruja. gembira dan seronok setiapkali berblogging. Kalo sehari x update blog atau blogwalking , macam ade yang x cukup jew hari tu.

Anyway , contest Happy Blogging ini dianjurkan oleh Cik Syuhadah..Mari join2 ramai2 sebab jika penyertaan kurang drp 50 org, contest ini akan terbatal.So, let's join together! Support each other k....!


22th Birthday Giveaway


Contest ini dianjurkan oleh bakal doktor gigi yang jelita sempena her coming birthday. Hope not too early to wish her 'Happy Becoming Birthday'.   Jom join :)

Segmen Tambah Followers 2013 by Hotmasakini



Segmen tambah followers dianjurkan oleh pemilik blog Hotmasakini...Apa kata newbies blogger ramai-ramai hangatkan segmen ini..Come and join :).

Jan 22, 2013

How do you look?


Penampilan dan gaya menjadikan seseorang individu kelihatan menarik ataupun sebaliknya. Saya amat menggemari rancangan "How do I look?" yang disiarkan di saluran Diva Universal yang sudah masuk musim ke-11. Bayangkanlah daripada seseorang yang mempunyai masalah-masalah berikut seperti penampilan selekeh dan tidak terurus, tidak bergaya, fesyen yang keterlaluan melalui proses perubahan gaya, imej, dandanan serta solekan seterusnya menjadikan penampilan mereka hebat.



How do I look  Courtesy: Google
 Dalam salah satu episod, saya menggelarkan peserta ini  sebagai si A.Si A ini mempunyai pengalaman kerja yang banyak dan luas namun gayanya tidak sesuai dengan persekitaran koporat. Gaya si A membuatnya kelihatan begitu murah kerana stailnya lebih kepada ala-ala rock gitu. Sewaktu rakan-rakan subahat menyatakan bahawa penampilannya perlu diubah seandainya dia mahu dinaikkan pangkat namun dia berkeras mempertahankan fesyennya. 

Courtesy :Google

Demi mengubah persepsi si A, penganjur program tadi menjemput beberapa majikan untuk menjalankan temuduga kepada si A dan calon lain. Si A masuk ke dewan temuduga dengan gaya ala-ala rock untuk jawatan eksekutif manakala calon lain datang dengan berpakaian sesuai untuk sesi temuduga tersebut.Apabila keputusan diumumkan, ternyata calon lain yang berjaya dan bukannya si A. Hos program tersebut bertanyakan kepada pihak penemuduga mengapa A tidak terpilih sedangkan dia berkelayakan. Jawapan mereka adalah penampilannya tidak sesuai dengan jawatan yang dipilih. 

Isu yang ingin saya tekankan di sini adalah bagaimana penampilan mempengaruhi pandangan atau persepsi individu terhadap diri. Pakaian dan gaya menjadi cerminan peribadi. Pepatah Inggeris ada menyebut "Don't judge a book by its cover" tetapi sebaliknya manusia sering terpengaruh dengan pandangan pertama mereka. Justeru, penampilan perlu seiring dengan pekerti. Jangan pakai sut tetapi penipu pula !Penampilan sedikit sebanyak  menggambarkan personaliti seseorang individu.Disini saya kongsikan kepentingan-kepentingan menjaga penampilan diri:

  • Melambangkan kecekapan seseorang menguruskan diri
  • Menampakkan kebijaksanaan diri
  • Menampakkan rasa hormat terhadap orang lain
  • Meningkatkan keyakinan diri
  • Melambangkan peribadi dan cara interaksi



p/s: Maaf jika ayat terlalu skema.....sy budak baru belajar....hehehe

Segmen Jom Tambah Follower Sebanyak yang Mampu

Photobucket



Segmen "Jom Tambah Follower Sebanyak yang Mampu" dianjurkan oleh pemilik blog comel iaitu Cik Yaya.  Bagi blogger baru seperti saya, segmen begini amat dinanti-nantikan untuk menambah rakan. Apalagi kawan-kawan blogger, jom pakat join segmen ni ramai2.....Contest ni tamat pada 15/2/2013!

Kurus cantik, Gemuk tidak. Apa kata anda?



Ihsan:Mr google
Setiap individu mempunyai kecantikan serta kelebihan tersendiri. Tidak kira sama ada fizikal anda dalam kategori mana. Sesetengah berpendapat bahawa kurus beerti cantik dan yang bersaiz extra sebaliknya.Jujur saya katakana bahawa saya pernah mengalami masalah berat badan sewaktu di zaman sekolah menengah. Pelbagai gelaran diberikan oleh kawan-kawan seperti  ‘debab’,’tembab’,’bulat’ dan lain-lain yang mana amat menyinggung perasaan saya pada ketika itu. Hinakah mereka yang bersaiz besar?, itu soalan yang sering bermain-main dibenak saya. Kata-kata nista yang dilemparkan membuatkan keyakinan diri saya hancur dan berkecai. Hal ini membuatkan saya jadi takut untuk berhadapan dengan khalayak disebabkan rupa fizikal yang bersaiz XXL. Justeru, saya ingin menasihati sesiapa yang membaca entri ini supaya jangan mengejek, menghina dan melabel  fizikal seseorang. Kata-kata itu boleh sama ada menguatkan atau menjatuhkan seseorang.

Selepas tamat SPM,saya bertekad untuk menurunkan berat badan. Saya mengamalkan diet disamping melakukan senaman dan latihan fizikal. Ketahanan dan ketabahan saya diuji kerana ramai yang  memperlekehkan usaha saya untuk menurunkan berat badan. Namun , saya kuatkan semangat dan tekad untuk terus berjuang memiliki berat badan yang saya idamkan. Sehingga suatu hari ibu angkat saya memberitahu badan saya kelihatan susut. Pada waktu itu, saya ingin menjerit keriangan kerana saya merasakan usaha saya menunjukkan hasil. Ini menguatkan semangat saya! Berkat perjuangan saya, saya berjaya menurunkan berat badan ke berat badan ideal saya.

Hakikatnya perjalanan untuk kurus bukanlah sesuatu yang mudah seandainya tanpa usaha dan istiqamah. Bersyukurlah seandainya anda sememangnya kurus dan berbanggalah jika anda berisi. Kurus atau gemuk bukanlah halangan untuk kita berjaya. Jadikan sebagai batu loncatan untuk kita terus sukses!  Allah juga tidak memandang dan menilai seseorang berdasarkan paras rupa melainkan keimanan. Kita juga harus ingat kecantikan juga diturunkan sebagai ujian bukan sekadar pemberian oleh Pencipta.

Pendapat anda bagaimana pula? Jangan segan-segan untuk drop komen ya

Akhir kata, buat pembaca blog ini saya dedikasikan lirik ini untuk anda.

You are beautiful no matter what they say
Words can’t bring you down
You are beautiful in every single way
Yes, words can’t bring you down
Don’t you bring me down today…