Order Form

Begin Freedback Form -->
Name:
Email Address:
Mailing Address/Alamat Surat Menyurat:
Contact No:
Delivery Method: Poslaju East Malaysia
Poslaju West Malaysia
Payment Method: Maybank
Cimb
Payment Medium: Bank Counter
Cash Deposit Machine
Atm Machine
Online Banking
Buyer Status: New
Return
Regular
Remarks/ Additional questions:
Please read the term & cond before submit your order.Kindly click the agree button below if you understand & accept the conditions stated.

Form provided by Freedback.

Jan 22, 2013

Kurus cantik, Gemuk tidak. Apa kata anda?



Ihsan:Mr google
Setiap individu mempunyai kecantikan serta kelebihan tersendiri. Tidak kira sama ada fizikal anda dalam kategori mana. Sesetengah berpendapat bahawa kurus beerti cantik dan yang bersaiz extra sebaliknya.Jujur saya katakana bahawa saya pernah mengalami masalah berat badan sewaktu di zaman sekolah menengah. Pelbagai gelaran diberikan oleh kawan-kawan seperti  ‘debab’,’tembab’,’bulat’ dan lain-lain yang mana amat menyinggung perasaan saya pada ketika itu. Hinakah mereka yang bersaiz besar?, itu soalan yang sering bermain-main dibenak saya. Kata-kata nista yang dilemparkan membuatkan keyakinan diri saya hancur dan berkecai. Hal ini membuatkan saya jadi takut untuk berhadapan dengan khalayak disebabkan rupa fizikal yang bersaiz XXL. Justeru, saya ingin menasihati sesiapa yang membaca entri ini supaya jangan mengejek, menghina dan melabel  fizikal seseorang. Kata-kata itu boleh sama ada menguatkan atau menjatuhkan seseorang.

Selepas tamat SPM,saya bertekad untuk menurunkan berat badan. Saya mengamalkan diet disamping melakukan senaman dan latihan fizikal. Ketahanan dan ketabahan saya diuji kerana ramai yang  memperlekehkan usaha saya untuk menurunkan berat badan. Namun , saya kuatkan semangat dan tekad untuk terus berjuang memiliki berat badan yang saya idamkan. Sehingga suatu hari ibu angkat saya memberitahu badan saya kelihatan susut. Pada waktu itu, saya ingin menjerit keriangan kerana saya merasakan usaha saya menunjukkan hasil. Ini menguatkan semangat saya! Berkat perjuangan saya, saya berjaya menurunkan berat badan ke berat badan ideal saya.

Hakikatnya perjalanan untuk kurus bukanlah sesuatu yang mudah seandainya tanpa usaha dan istiqamah. Bersyukurlah seandainya anda sememangnya kurus dan berbanggalah jika anda berisi. Kurus atau gemuk bukanlah halangan untuk kita berjaya. Jadikan sebagai batu loncatan untuk kita terus sukses!  Allah juga tidak memandang dan menilai seseorang berdasarkan paras rupa melainkan keimanan. Kita juga harus ingat kecantikan juga diturunkan sebagai ujian bukan sekadar pemberian oleh Pencipta.

Pendapat anda bagaimana pula? Jangan segan-segan untuk drop komen ya

Akhir kata, buat pembaca blog ini saya dedikasikan lirik ini untuk anda.

You are beautiful no matter what they say
Words can’t bring you down
You are beautiful in every single way
Yes, words can’t bring you down
Don’t you bring me down today…


No comments:

Post a Comment